assalamualaikum...hye ampa..shat ka?arap sumanya shat la nah..sbnaqnya..aq nk k0ngsi ckit ngn ampa suma ny tntng pa yg aq bca td......arap ampa bca la nah...:)
Bismillahirrahmanirrahim..
Cinta? Apakah definisi cinta bagi anda? Setiap orang mempunyai definisi yang berbeza bagi cinta. Dan cinta itu memang luas. Cinta kepada Allah. Cinta kepada Rasulullah saw. Cinta kepada ibu bapa. Cinta kepada kawan-kawan. Cinta kepada lelaki atau wanita. Dan cinta kepada macam-macam lagi lah. Just name it.
Tapi, hari ni saya ingin membicarakan kisah cinta antara lelaki dan wanita. Kalau ditanyakan kepada saya, apakah definisi cinta itu kepada saya dua tahun yang lalu, pastinya jawapannya tidak akan sama dengan jawapan saya sekarang. Sekiranya dulu, pastinya saya akan menjawab, "Cinta itu bila dua insan saling mencintai. Perlu selalu contact each other. Saling bertanya khabar. Calling-calling. Nak eratkan hubungan lah katakan. Dan lautan berapi itu sanggup ku renangi demi membuktikan cinta kepada si dia."
Erk..
Tapi sekarang, persepsi saya terhadap cinta sudah berubah. Terima kasih ya Allah kerana menemukan aku dengan tarbiyyah ini. Dan sekiranya soalan ini ditanyakan kepada saya sekarang, saya dengan yakin akan menjawab, "Cinta itu bila kita ingin bersama dengan orang yang kita sayang ke syurga dan bukannya membawa dia ke neraka."
Bila kita mahu bersama-sama dengan dia ke syurga, janganlah mengheret si dia ke jurang neraka. Kalau sayang, mestilah kita mahukan yang terbaik untuk dia kan? Sanggupkah kita biarkan dia terjerumus ke dalam neraka disebabkan kita? Of courselah tak sanggup kan.
So, apa yang patut kita lakukan? Saya tidak mahu membicarakan tentang hukum couple di sini sebab saya tahu dan yakin anda semua sudah membaca sangat banyak artikel yang berkaitan dengan couple ni. Bagi pasangan yang sedang hangat bercinta, saya tahu ianya memang tidak mudah, payah dan memang terseksa seandainya disuruh clash dengan tiba-tiba. Tapi,kalau benda yang dah salah, memang masih salah walau apa alasan kita sekalipun. Jadi bagi mereka yang susah nak clash ni sebab takut akan lagi memudaratkan diri apabila berpisah, saya nasihatkan percepatkanlah jalan ke arah pernikahan.
Jangan bagi alasan masih tidak ready untuk melangkah ke alam perkahwinan sebab terlalu besar tanggungjawab yang perlu dipikul sekiranya sudah berkahwin nanti. Well, kalau tidak sanggup memikul tanggungjawab, mengapa couple sejak awal lagi? Bukankah bila anda bercouple itu tandanya anda mahu mengahwini si dia?
Kalau tidak pun, bertunanglah dahulu. Kurangkanlah contact each other. Kalau tak contact, lagi bagus. Contact hanya bila perlu contohnya untuk membincangkan ha-hal perkahwinan. Sebabnya bila banyak contact lah yang membawa kepada berlakunya banyak maksiat. Daripada contact-contact, mesti rindu-rindu dan akan rasa nak jumpa. Dan bila dah berjumpa, di situlah bermulanya masalah. Sebab tidak pernah berdua-duaan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa syaitan sebagai teman. Semua tahu apa kerja syaitan kan?
Saya suka nak share satu kisah.
Adalah si A ni. Dulu sebelum dia mengenali tarbiyyah dia ni memang couple habis-habisan. All out la kan. Tapi selepas mengenali tarbiyah, dia dan lelaki tu (lelaki ni pun dapat tarbiyah juga. Alhamdulillah) decide untuk berpisah. Mereka berpisah sebabnya tahu benda ni salah dan they did this for the sake of Allah. Memang masa mula-mula break up to, dia cakap dia memang terseksa. Selalu menangis. Perempuan biasalah. Tak dapat dipisahkan dengan air mata. Sejak tu, memang diorang tak contact. Sampailah tak lama selepas tu, lelaki tu meminang dia. Alhamdulillah sekarang ni diorang dah bertunang. Dan dalam perancangan menuju ke arah perkahwinan. Dan si A ni memang tak sangka langsung yang dia akan dapat bersatu kembali dengan orang yang dia sayangi dulu. Sebab fikirnya after dah break up, semuanya berakhir.
Di sini, saya dapat ambil pengajaran sekiranya kita tinggalkan sesuatu sebab Allah. InsyaAllah, DIA akan tolong kita. Dalam kes kat atas ni, diorang berpisah for the sake of Allah. Dan lepas tu Allah bagi balik. Mungkin tak semua kisah akan berakhir macam ni. Tapi yakinlah, sesiapa sahaja yang Allah tetapkan untuk kita, itulah yang terbaik untuk kita.
Macam apa yang saya cakap kat atas tu, "Cinta itu bila kita ingin bersama dengan orang yang kita sayang ke syurga dan bukannya membawa dia ke neraka." Jadi, don't do anything that will bring you and him/her far away from Allah.
Bagi yang tidak couple, tahniah dan syabas saya ucapkan. Jagalah hati anda. Berhati-hatilah dalam menjaga hati kerana sekali anda terjatuh cinta, impaknya sangat besar kepada diri anda. Saya tidak mengatakan yang jatuh cinta itu salah. Kerana jatuh cinta itu satu fitrah. Saya juga pernah jatuh cinta. Cuma jangan dicemari cinta yang suci itu dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Jagalah hatimu untuk yang halal. Tapi andainya, sudah terjatuh cinta dengan someone, control your feeling. Jangan biarkan perasaan itu yang menguasai anda.
Akhir kalam. Cinta itu pada dasarnya suci. Janganlah dicemari kesucian itu...
p/s insafnya aq....:(